Teks: Siti Mariah Binti Md
Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semasa kelahiran anak saudara kembar baru - baru ini saya hadiahkan mereka sepasang set tilam bayi. Sarung bantalnya saya beri sentuhan felt kraf. Terukir nama mereka berdua di situ, Adam Rayyan dan Adam Rayqal.
![]() |
Adam Rayyan dan Adam Rayqal |
Ini adalah pertama kali saya membuat set tilam bayi. Begitu juga dengan felt kraf tersebut. Mungkin juga dek kerana terlalu teruja untuk mendapat anak saudara kembar membuatkan saya benar - benar mahu menghasilkan produk kreatif saya sendiri. Dari memilih kain di kedai sehinggalah memasukkan kekabu sendiri ke dalam sarung bantal. Semuanya "D.I.Y"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan