Salam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semasa kunjungan kami ke Kundasang, Sabah suami menghadiahkan saya bunga rose segar. Katanya sebagai kenangan dan tanda kami pernah ke sana. Ketika pulang ke Jitra, Kedah saya tetap membawa pulang bunga rose tersebut walaupun agak layu. Tambahan pula bunga rose tersebut terpaksa dimasukkan ke dalam bagasi. Setibanya di rumah, saya mendapat idea untuk keringkan bunga rose itu dan abadikan ia dalam frame.
Mula mula sekali saya biarkan bunga rose tersebut kering dahulu. Bukan setakat bunga rose, sekali dengan daun dan bunga hiasan kecil yang lain saya keringkan juga. Saya hanya menggunakan cara biasa untuk keringkan iaitu dengan menjemur dibawah cahaya matahari. Setelah betul betul kering barulah saya masukkan bunga tersebut kedalam frame yang saya beli sekali dengan pasu hiasan didalam frame tersebut.
Syukur Alhamdulillah walaupun setelah hampir dua tahun, bunga rose dari Kundasang masih elok. Saya juga berharap ianya akan kekal utuh. Kini frame bunga rose merah ini adalah antara koleksi peribadi yang saya sayang.
Bunga Rose Merah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan