Teks: Siti Mariah Binti
Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Jauh perjalanan luas
permandangan. Begitulah ungkapan yang amat sesuai dengan perjalanan saya dan suami pulang ke kampung halamannya di Sandakan, Sabah. Sebuah perkampungan nelayan, rumahnya
pula di atas air. Pemandangan yang indah! Sungguh indah. Begitulah terdetik di
hati saya pada mula menjejak kaki di sana. Setiap hari saya akan menunggu air
pasang memenuhi ruang mengikut percaturanNYA. Mungkin bagi orang di sana
menganggap ianya biasa – biasa sahaja. Tetapi bagi saya ianya luar biasa. Tidak
pernah saya terfikir akan tinggal di tempat sebegitu. Apabila terkenang kembali
pasti saya rindu dan tersenyum sendiri. Jatuh
cintakah saya?
Perjalanan menaiki pesawat yang memakan masa selama 2 jam 45 minit
dari Semenanjung tidaklah begitu meletihkan. Bahkan saya begitu teruja untuk cepat sampai bertemu
dengan keluarga mertua. Sesampai saja
kami di bumi Sabah, pasti kami di hidangkan dengan makanan yang begitu membuka
selera. Semuanya sedap belaka. Ketam dan
udang pasti menjadi hidangan utama jika kena dengan musimnya. Hampir setiap
hari menunya pasti ada udang dan ketam sehinggakan saya pernah sakit kaki
akibat terlebih protein. Saya benar – benar rindukan masakan mereka.
Mutiara Sabah begitu
sinonim dengan Negeri Di Bawah Bayu ini. Jika ke sana tidak lengkap rasanya tanpa
membawa pulang mutiara Sabah sebagai buah tangan kepada keluarga dan rakan
baik. Walaupun hanya keronsang , saya pasti akan membelinya juga. Melihatkan keunikan
dan hasil kreativiti mereka menghasilkan kraf membuatkan saya asyik memilih
sehingga rambang mata.
Setelah beberapa hari
tinggal di sana, rasanya tidak cukup untuk menikmati nikmatNYA. Begitu indah
pandangan mata, makanan yang sedap dan keunikan kraf tangan penduduk Sabah
pasti membuatkan saya sentiasa teringatkan mereka. Sehingga betemu lagi mama,
bapa dan semuanya.
Tak
kenal maka tak cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan