Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mulakan dengan sesuatu yang kita rasa mudah. Ini akan memberi kita keyakinan untuk terus malakukannya lagi. Sewaktu saya mula menceburi dan meminati dalam sulaman manik, saya melakukan teknik - teknik yang mudah dahulu barulah ke teknik yang lebih sukar.
Saya juga menggemari hasil jahitan Rosita Jaafar. Banyak juga buku hasil sulaman manik yang saya beli darinya. Ianya sebagai rujukan dan panduan yang berguna kepada saya semasa mula belajar dahulu sehinggalah sekarang.
Ini adalah atara hasil jahitan saya ketika mula mempelajari teknik jahitan manik. Walaupun agak baru lagi ketika itu, tetapi saya yakinkan diri boleh menjahitnya. Dan akhirnya saya berjaya menyiapkan jahitan pada baju saya sendiri.
* Gambar agak kabur kerana diambil dari telefon lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan