Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Jahitan lace bermanik. Sedikit tip yang saya nak kongsikan. Kadang - kadang kita sering buntu untuk memilih warna lace dan manik untuk di jahit pada pakaian. Sekiranya ingin membeli lace dan manik pastikan kalian membawa bersama - sama pakaian ke kedai. Ini dapat membantu kita memilih warna yang sesuai dan mengelakkan kita rugi kerana tersalah pilih. Jangan malu - malu untuk suai dan padan lace dan manik yang kalian bekenan.
Pastikan pilih lace dahulu kemudian barulah pilih manik supaya warna warni manik dapat menyerlahkan lagi lace tersebut. Untuk kelihatan lebih menarik pastikan pilih warna manik yang ada pada warna pakaian. Contohnya, pakaian saya mempunyai warna pink dan warna kuning mustad. Saya memilih lace bewarna kuning keemasan kerana tiada kuning mustad yang sepadan dengannya dan manik bewarna kuning, pink, putih dan sedikit warna unggu. Saya campurkan manik kecil dan besar supaya kelihatan lebih menyerlah.
Baju Raya Aidilfitri saya baru - baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan