Teks: Siti Mariah Binti Md Desa
Tarikh: 05/08/2014
Salam perkenalan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Nama sebenar saya Siti Mariah
Binti Md Desa. Saya ialah anak kepada Md Desa Bin Goi dan Haton Binti Ismail. Berumur
30 tahun dan merupakan anak jati dari Jitra, Kedah. Saya adalah anak yang ke empat
daripada enam adik beradik. Seorang isteri kepada suami tercinta iaitu Sainal
Abidin Bin Abdul Jalil.
Saya mendapat pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah di Jitra,Kedah. Seterusnya melanjutkan pelajaran di
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dalam bidang Pengajian Perniagaan
selama tiga tahun. Setelah menamatkan pengajian, saya mencuba pelbagai
pekerjaan sehinggalah ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Akauntan di sektor awam.
Saya bersyukur kerana mendapat pekerjaan tetap walaupun pada ketika itu umur
saya telah menjangkau 25 tahun.
Saya amat meminati sulaman manik
dan riben. Saya juga pernah menyertai beberapa kelas sulaman manik dan riben yang
di anjurkan oleh pihak swasta dan kerajaan. Disebabkan minat ini juga saya
sanggup membeli buku rujukan dan ebook mengenai sulaman manik dan riben
walaupun harganya agak tinggi. Sekiranya ada masa terluang saya akan membaca
dan meninjau blog yang disediakan secara percuma untuk melihat teknik dan
fesyen terkini sulaman tersebut.
Walaupun telah mempunyai
pekerjaan tetap, impian untuk membuka perniagaan
sendiri dan berkongsi minat dalam sulaman manik dan riben masih kuat. Dari
impian itulah saya mengatur strategi untuk membina blog. Pada mulanya, saya
agak buntu untuk membina blog sehinggalah saya terbaca blog Pn Masayu Ahmad
pengasas Akademi Bekerja Di Rumah yang menyediakan Kelas Asas Blog dan Fan
Page. Dari situlah saya mendaftar untuk menyertai kelas yang ditawarkan.
Kemudian saya dikenalkan dengan Pn Aishah Hussein yang merupakan guru saya
sekarang.
Alhamdulillah, saya bersyukur
dapat menyiapkan sebuah blog yang diberi tajuk Sulaman Mudah dan Kreatif. Semoga
blog ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan juga orang lain. Saya
juga berharap blog ini merupakan langkah pertama untuk saya mengorak langkah
lebih jauh lagi. Saya yakin dengan bantuan dan bimbingan Pn Aishah Hussein saya
dapat mencapai impian ini. Insyaallah. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada suami tercinta
yang banyak menyokong dan memberi kata - kata semangat.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan