Teks:Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Terlalu lama tinggalkan blog ini. Mana tidaknya saya terlupa kata laluannya. Syukur Alhamdulillah akhirnya jumpa juga kata laluan.
Ikhtibar yang perlu saya ambil adalah setiap email dan kata laluan perlu ditulis walaupun ianya rahsia. Saya juga berharap saya tidak akan lupa lagi. Amin
Khamis, 25 Disember 2014
Isnin, 8 September 2014
Jana Wang Di Rumah - Khas Untuk Wanita!
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Jom dapatkan Ebook Jana Wang Di Rumah - Khas Untuk Wanita!
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.
Jom dapatkan Ebook Jana Wang Di Rumah - Khas Untuk Wanita!
Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-
- Bab 1: Pendahuluan & Konsep
Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah. - Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi
Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah. - Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah
Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah. - Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah. - Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah
10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda. - Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah
9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah. - Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak
Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah. - Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi
13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah. - Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah
7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah
Sabtu, 6 September 2014
Cara menangani rasa bosan
Teks:Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dalam melayani perasaan bosan ini saya terbaca blog cara menangani rasa bosan. Suka untuk saya kongaikan bersama kalian yang juga merasa bosan kala ini.

4 Petua Tangani Bosan
Apakah rasa bosan? Rasa bosan timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.
Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.
3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.
Sumber - Artikel iluvislam.com
Selasa, 26 Ogos 2014
Bunga Rose Kering dari Kundasang, Sabah
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semasa kunjungan kami ke Kundasang, Sabah suami menghadiahkan saya bunga rose segar. Katanya sebagai kenangan dan tanda kami pernah ke sana. Ketika pulang ke Jitra, Kedah saya tetap membawa pulang bunga rose tersebut walaupun agak layu. Tambahan pula bunga rose tersebut terpaksa dimasukkan ke dalam bagasi. Setibanya di rumah, saya mendapat idea untuk keringkan bunga rose itu dan abadikan ia dalam frame.
Mula mula sekali saya biarkan bunga rose tersebut kering dahulu. Bukan setakat bunga rose, sekali dengan daun dan bunga hiasan kecil yang lain saya keringkan juga. Saya hanya menggunakan cara biasa untuk keringkan iaitu dengan menjemur dibawah cahaya matahari. Setelah betul betul kering barulah saya masukkan bunga tersebut kedalam frame yang saya beli sekali dengan pasu hiasan didalam frame tersebut.
Syukur Alhamdulillah walaupun setelah hampir dua tahun, bunga rose dari Kundasang masih elok. Saya juga berharap ianya akan kekal utuh. Kini frame bunga rose merah ini adalah antara koleksi peribadi yang saya sayang.
Mudah mudahan dengan perkongsian kali ini ada juga di antara kalian yang mendapat idea untuk abadikan bunga rose seperti ini. Tambahan pula jika ia dari yang tersayang.
Salam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semasa kunjungan kami ke Kundasang, Sabah suami menghadiahkan saya bunga rose segar. Katanya sebagai kenangan dan tanda kami pernah ke sana. Ketika pulang ke Jitra, Kedah saya tetap membawa pulang bunga rose tersebut walaupun agak layu. Tambahan pula bunga rose tersebut terpaksa dimasukkan ke dalam bagasi. Setibanya di rumah, saya mendapat idea untuk keringkan bunga rose itu dan abadikan ia dalam frame.
Mula mula sekali saya biarkan bunga rose tersebut kering dahulu. Bukan setakat bunga rose, sekali dengan daun dan bunga hiasan kecil yang lain saya keringkan juga. Saya hanya menggunakan cara biasa untuk keringkan iaitu dengan menjemur dibawah cahaya matahari. Setelah betul betul kering barulah saya masukkan bunga tersebut kedalam frame yang saya beli sekali dengan pasu hiasan didalam frame tersebut.
Syukur Alhamdulillah walaupun setelah hampir dua tahun, bunga rose dari Kundasang masih elok. Saya juga berharap ianya akan kekal utuh. Kini frame bunga rose merah ini adalah antara koleksi peribadi yang saya sayang.
Bunga Rose Merah |
Sumbangan dan dana ikhlas untuk Pertubuhan Baitul Aini
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sedang asyik saya tercari cari sepucuk surat, terjumpa pula satu flyer yang masih elok dalam simpanan. Sumbangan dan dana ikhlas untuk Pertubuhan Baitul Aini, pusat jagaan anak anak yatim. Elok saya kongsikan laman web mereka disini, andai kata ada yang mencari cari tempat untuk menderma atau berwakaf sudilah berkunjung di link ini Pertubuhan Baitul Aini.
Nota: Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Pertubuhan Baitul Aini.

Isnin, 25 Ogos 2014
Kreativiti Kitar Semula - Aktiviti Menarik dan Berbaloi
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dari bahan terbuang pun boleh jana pendapatan. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Disini saya kongsikan salah satu entri kitar semula hasil carian Google. Jom kita lihat hasil dari barang terbuang yang dijadikan hiasan yang cantik dan tampak mahal. Yang paling menarik minat saya adalah hiasan lampu gantung.
Sumber: Kreativiti Kitar semula - Aktiviti Menarik dan Berbaloi
Penulis: Bin Muhammad
Assalamualaikum,...
Dah lama tidak membuat entri berkenaan kreativiti kitar semula. Untuk pengetahuan anda, artikel berkaitan kitar semula ini...saya dapati ianya sangat menarik minat pembaca. Entri-entri lama berkaitan kitar semula sentiasa ada pengunjung sehinggakan kesemua entri berkaitannya kini berada paling atas dalam carta artikel paling popular di blog ini.
Ia juga merupakan entri yang paling banyak di "copy" terutama gambarnya. [klik sini untuk tahu bagaimana kandungan artikel anda telah di Copy] Tapi sayangnya komen-komen lama semuanya telah tiada. Hilang bersama hilangnya perkhidmatan komen Intensedebate di blog ini.
Pengunjung pula kebanyakannya datang dari carian Google dan Yahoo. Ini menunjukkan ramai yang berminat dengan aktiviti kitar semula. Saya tahu, ramai yang memahami dan menyedari akan pentingnya kitar semula tetapi kurangnya aktiviti dan idea untuk menggunakan barangan terbuang ini membuatkan ia akhirnya terbuang begitu sahaja.
Jika kuantitinya banyak mungkin anda ringan tulang untuk menjualnya di tempat pengumpulan bahan terbuang, dapat juga sedikit wang. Tapi jika kuantitinya sedikit... Tunggu dipungut lori sampah lah jawabnya. Satu kerugian yang amat besar...
Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan
yang sangat cantik dan menarik.
Di entri kali ini anda nikmati lagi beberapa hasil kreativiti bahan terbuang yang boleh anda cuba. Ianya tidaklah dapat menjadi secantik barang berjenama tetapi sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar dan sumber semulajadi amat tinggi nilainya, tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Jom kitar semula! Aktiviti yang menyeronokkan dan pada masa yang sama memberi pulangan buat anda. Jika anda rajin, mungkin ianya mampu menjana pendapatan buat anda.... (klik gambar untuk saiz sebenar untuk lagi jelas)
Pinggan kertas ataupun polisterin di jadikan beg comel untuk si kecil anda.
Jangan kata anak anda, anda sendiri pun pasti terpikat!
Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga.
Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini...Menarik bukan!
Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan
batu bata simen dinding pagar di rumah anda. Gunakan kreativiti anda
untuk menyusunnya. Pasti ianya memberi keunikan dan menjadi hasil seni
yang sungguh menarik dan eksklusif!
Hasil seni hiasan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan
dengan hanya menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai.
Dengan bermodalkan kurang dari RM10...kini menjadi hiasan yang mungkin
bernilai puluhan RM nilainya.
Satu idea kreatif untuk bungkusan cup cake yang menarik!
Sungguh mudah membuatnya, sesuai untuk ole-ole tetamu anda.
Botol plastik yang kelihatan biasa di olah menjadi pasu bunga yang
sungguh menarik. Pasti berebut untuk memilikinya.
Ini di kira kitar semula ke? Ya...sekarang ni penyangkut baju dawai
tidak lagi sesuai di gunakan untuk menyangkut baju, janganlah di buang pula.
Ubah ia menjadi penggantung koleksi kasut anda yang bersepah tu...Kan nampak kemas
Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape dan
bekas tabung kertas seperti bekas shuttle badminton. Setelah tergantung
indah di dinding... Pasti ada yang berkenan, xpercaya? Cubalah...
Lihatlah betapa menarik dan comelnya bekas hiasan ini. Jika tidak
di belek dengan teliti, pasti tiada siapa yang tahu ianya dihasilkan dari
botol plastik terbuang.
Hanya sekali minum...pasti ianya dibuang. Itulah nasib cawan kertas.
Pakai dan buang, sungguh membazir! Apa kata anda gunakan semula ia
untuk di jadikan bunga hiasan yang unik dan tampak eksklusif sekali.
Hah... Kau ada!?
Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat menarik. Hasil kreatif
dari kayu terbuang. Jika letak di meja pejabat anda...pasti ramai yg berkenan.
Kalau hilang...Cer, tengok dalam bilik bos anda...hehe
Pelbagai contoh kreativiti rekaan yang menggunakan pallet kayu.
Banyak sekali idea yang boleh dibuat dari pallet terbuang ini...Menarik sekali.
Biasa lihat simbol ini?
Kenalkan dan dedahkan anak-anak anda dengan kitar semula. Beri penjelasan dan kefahaman tentang kepentingan kitar semula. Lakukan aktiviti kitar semula bersama mereka. Mereka masih rebung yang boleh diajar serta di lentur...Kita ni dah jadi buluh...hihihe...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah...Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda.
Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.

24 Tutorial Mudah Bunga daripada Fabrik dan Riben
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Malam ini sambil saya melayari internet, saya terjumpa satu link 24 Tutorial Mudah Bunga daripada Fabrik dan Riben . Nampak mudah setiap tutorial yang di kongsikan. Lalu saya terfikir, ramai rupanya diluar sana yang baik hati berkongsikan ilmu untuk dijadikan panduan dan berkongsi idea rekaan mereka di internet. Saya juga berharap, kiranya suatu hari nanti saya dapat berkongsi lebih banyak idea seperti mereka. Tidak lokek berkongsi ilmu yang bermanfaat. Insyaallah.
Sekiranya kita buntu mencari idea, Google sahaja. Pasti kita tidak ketandusan idea melihat setiap kerja tangan yang mereka kongsikan. Tutorial mudah membuat kraftangan bunga daripada fabrik dan riben. Bunga ini boleh dijadikan hiasan pada kerongsang, sepit rambut, cekak rambut, pembalut hadiah dan pada kad ucapan istimewa.
Selamat mencuba.
Sumber : 24 Tutorial Mudah Bunga daripada Fabrik dan Riben dari Ratuhati.com

Antara 24 Tutorial Mudah Bunga daripada Fabrik dan Riben |
Sumber : 24 Tutorial Mudah Bunga daripada Fabrik dan Riben dari Ratuhati.com
Seni Hiasan Bunga Reben
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Terpegun seketika melihat hasil tangan Suzana Mustafa walaupun hanya melalui blog. Cantik dan menarik seakan akan timbul dan hidup bunga yang dihasikan. Warnanya pula menyerlah. Hasil kombinasi pelbagai warna menaikkan seri kuntuman bunga. Saya kira beliau merupakan perintis bagi Sulaman Reben di Malaysia.
Koleksi terbarunya ialah senaskah buku bertajuk Seni Hiasan Bunga Reben Versi Pengantin. Saya tidak akan lepaskan peluang membeli buku tersebut sebagai rujukan dan inspirasi. Walaupun agak lewat menyedari terbitan buku tersebut saya berharap buku tersebut masih ada di pasaran.
Jom dapatkan Seni Hiasan Bunga Reben Versi Pengantin.

Selasa, 19 Ogos 2014
Mudah.my sungguh mudah
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sebut sahaja Mudah.my pasti ramai yang tahu. Saya juga tidak terlepas membeli barang dan menggunakan perkhidmatan yang di sediakan di Mudah.my. Adakalanya membuat servey harga pada barang yang hendak dibeli dari yang murah sehinggalah yang mahal. Pengalaman saya menggunakan Mudah.my untuk mencari rumah sewa sungguh mudah dan mesra pelanggan.
Taip sahaja item yang hendak dicari pasti tertera item tersebut. Kalau sudah masuk ke Mudah.my asyik pula melihat barang dan perkhidmatan yang dipamerkan sehingga tidak sedar masa berlalu. Saya yakin ramai peniaga yang senang dengan kewujudan Mudah.my. Malahan ada juga peniaga yang berjaya hanya berniaga di laman tersebut.
Semoga Mudah.my terus maju dan dapat membantu ramai orang bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia.

Mudah.my |
D.I.Y Kasut Lace
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hari ini saya meninjau ninjau di blog Pinterest. Banyak ilmu
yang saya dapat di blog tersebut. Semuanya menarik belaka. Banyak tutorial yang
dikongsikan oleh pengikut Pinterest. Adakala geli hati melihat keunikan dan kreativiti yang
dikongsikan.
Antara yang menarik ingin saya
kongsikan adalah Kasut Lace. Nampak ringkas tetapi menarik. Lihat sahaja pada
gambar ini pasti anda juga mendapat idea pada kasut anda. Pada saya ianya
tidaklah tertumpu pada kasut bertutup sahaja. Yang penting kreativiti kita
sendiri. Ayuh kita cuba.
Sumber rujukan http://www.pinterest.com/pin/395824254722948258/
Sabtu, 9 Ogos 2014
Mulakan Yang Mudah Dahulu.
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mulakan dengan sesuatu yang kita rasa mudah. Ini akan memberi kita keyakinan untuk terus malakukannya lagi. Sewaktu saya mula menceburi dan meminati dalam sulaman manik, saya melakukan teknik - teknik yang mudah dahulu barulah ke teknik yang lebih sukar.
Saya juga menggemari hasil jahitan Rosita Jaafar. Banyak juga buku hasil sulaman manik yang saya beli darinya. Ianya sebagai rujukan dan panduan yang berguna kepada saya semasa mula belajar dahulu sehinggalah sekarang.
Ini adalah atara hasil jahitan saya ketika mula mempelajari teknik jahitan manik. Walaupun agak baru lagi ketika itu, tetapi saya yakinkan diri boleh menjahitnya. Dan akhirnya saya berjaya menyiapkan jahitan pada baju saya sendiri.
* Gambar agak kabur kerana diambil dari telefon lama.
Kain Tuala Pengelap Tangan
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kain tuala yang diberi percuma ketika saya menghadiri salah satu kursus. Saya jadikan kain tuala pengelap tangan di rumah. Dengan sedikit sentuhan bunga riben diatasnya ia kelihatan sedikit menarik dari dibiar kosong begitu sahaja. Anda pun mampu lakukannya. Mudah sahaja. Di lain enti, saya akan tunjukkan cara membuatnya. Insyaallah.
Bantal Bersulam Riben
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salah satu tempahan dari kawan baik saya iaitu Erna Mar. Design dan warna atas permintaannya sendiri. Kombinasi warna yang menarik, pink dan ungu. Katanya ingin letakkan dalam kereta baru miliknya.
Bantal Bersulam Riben |
Rezeki yang tak disangka
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Terkejut apabila melihat email daripada pihak bank. Disitu
tertera sejumlah wang telah di kirimkan ke akaun saya. Walaupun jumlah yang
tidak begitu besar tetapi saya tetap terkejut. Lantas saya menyemak akaun melalui internet
banking dan tertulis komisyen ebook. Duit
saya bertambah. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Rupanya duit komisyen hasil daripada saya jual ebook melalui
program affiliate.
Sekadar ingin mencuba dan suka – suka sahaja kerana tiada
cas yang dikenakan. Saya hanya perlu promosikan link yang diberikan setelah mendaftar program tersebut. Saya
mendaftar program tersebut pada Disember 2013 dan kali terakhir saya promosikan link berkenaan pada bulan Januari 2014.
Saya promosikan melalui blog orang lain kerana saya tiada blog sendiri pada
ketika itu. Mungkin ada yang melihat link
tersebut dan membeli melalui link
yang saya promosikan. Hasilnya saya terima sekarang.
Setelah sekian lama saya promosikan link tersebut dan baru
sekarang saya terima hasilnya. Saya juga hampir – hampir sudah melupai program
tersebut. Benarlah Allah Maha Pemberi Rezeki. Ini adalah ketentuanNYA, DIA
lebih mengetahui waktu dan ketika yang sesuai untuk diberikan kepada hambaNYA.
Terima kasih Ya Allah.
Semoga rezeki kita
semua semakin bertambah selepas ini. Amin.
Jom Bersedekah
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salah satu cara mudah menjemput rezeki adalah dengan bersedekah. Semakin banyak kita beri, semakin banyak kita
terima. Banyak cara untuk bersedekah. Tidak semestinya memberi duit, selain
dari duit juga dikira sebagai sedekah. Sebagai
contoh bersedekah adalah ilmu,
pakaian,buku dan makanan. Tipnya mudah, beri apa yang kita ada. Kalau tiada
banyak, sedikit pun cukuplah. Bukankah ikhlas itu lebih penting.
Banyak program yang dianjurkan oleh persatuan dan kelab
tertentu yang memerlukan pertolongan kita untuk memberi sumbangan. Bantulah
selagi kita terdaya. Tangan yang memberi lebih baik dari menerima.
Semoga ianya bermanfaat.
Sulaman riben pada balang
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Saya pernah mengikuti kursus pendek sulaman riben pada balang anjuran Kolej Komuniti Arau, Perlis. Yuran yang dikenakan cukup berpatutan. Pihak kolej menyediakan semua bahan yang diperlukan. Tiada peralatan yang perlu dibawa ketika belajar. Kami di suruh menyiapkan dua balang sulaman riben. Tenaga pengajar mengajar langkah demi langkah sehingga ke semua pelajar berjaya siapkan projek masing - masing. Yang paling menyeronokkan setiap peserta dibenarkan membawa pulang hasil masing - masing. Terima kasih cikgu Kolej Komuniti Arau, Perlis

Hasil kerja tangan saya semasa kursus sulaman riben pada balang anjuran Kolej Komuniti Arau, Perlis. Sekarang saya dah isi benang ke dalam balang ini.
Sulaman riben pada balang /bekas
|
Jahitan lace bermanik
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Jahitan lace bermanik. Sedikit tip yang saya nak kongsikan. Kadang - kadang kita sering buntu untuk memilih warna lace dan manik untuk di jahit pada pakaian. Sekiranya ingin membeli lace dan manik pastikan kalian membawa bersama - sama pakaian ke kedai. Ini dapat membantu kita memilih warna yang sesuai dan mengelakkan kita rugi kerana tersalah pilih. Jangan malu - malu untuk suai dan padan lace dan manik yang kalian bekenan.
Pastikan pilih lace dahulu kemudian barulah pilih manik supaya warna warni manik dapat menyerlahkan lagi lace tersebut. Untuk kelihatan lebih menarik pastikan pilih warna manik yang ada pada warna pakaian. Contohnya, pakaian saya mempunyai warna pink dan warna kuning mustad. Saya memilih lace bewarna kuning keemasan kerana tiada kuning mustad yang sepadan dengannya dan manik bewarna kuning, pink, putih dan sedikit warna unggu. Saya campurkan manik kecil dan besar supaya kelihatan lebih menyerlah.
Baju Raya Aidilfitri saya baru - baru ini.

Bunga Ros Inti Manik
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hari ini saya ingin kongsikan tutorial untuk menghasilkan bunga ros inti manik yang begitu mudah untuk dihasilkan.
Bunga ros inti manik |
1. Peralatan yang diperlukan adalah
- Riben berukuran 1 inci. Potong riben sepanjang 5 inci sebanyak 5 keping.
- Benang
- Jarum
- Gunting
- Pembaris
- Manik
3. Kemudian lipat penghujung riben di atas bertemu penghujung riben dibawah.
4. Pegang penghujung riben dan ikat dengan benang. Ikat dengan kuat.
5. Ulang langkah di atas sehingga siap lima lipatan riben.
6. Kemudian ikat ke lima - lima hujung riben tersebut dengan kuat. Pastikan permukaan yang rata mengadap kedalam. Permukaan yang berlekuk ke luar. Setelah ikatan membentuk sekuntum bunga potong hujung lebihan ikatan tersebut supaya kemas.
7. Gambaran bahagian hadapan bunga ros. Kemudian jahit 5 biji manik secara berselang seli.
8. Dah siap!
Selamat mencuba.
Khamis, 7 Ogos 2014
Set tilam bayi kembar
Teks: Siti Mariah Binti Md
Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semasa kelahiran anak saudara kembar baru - baru ini saya hadiahkan mereka sepasang set tilam bayi. Sarung bantalnya saya beri sentuhan felt kraf. Terukir nama mereka berdua di situ, Adam Rayyan dan Adam Rayqal.
Adam Rayyan dan Adam Rayqal |
Ini adalah pertama kali saya membuat set tilam bayi. Begitu juga dengan felt kraf tersebut. Mungkin juga dek kerana terlalu teruja untuk mendapat anak saudara kembar membuatkan saya benar - benar mahu menghasilkan produk kreatif saya sendiri. Dari memilih kain di kedai sehinggalah memasukkan kekabu sendiri ke dalam sarung bantal. Semuanya "D.I.Y"
Koleksi manik dan lace
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Masih dalam koleksi peribadi lagi. Antara pek percuma yang saya dapat kerana membeli ebook sulaman manik melalui online. Masih lagi mencari - cari baju yang sesuai untuk dipadankan dengan manik dan lace pink ini.
Sekiranya ada baju yang boleh dipadankan, isyaallah hasilnya akan saya kongikan disini nanti.
Manik dan lace |
Sekiranya ada baju yang boleh dipadankan, isyaallah hasilnya akan saya kongikan disini nanti.
Tip Penjagaan Pakaian Bermanik
Teks: Siti Mariah Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Jom saya kongsikan info macam mana nak jaga pakaian bermanik tanpa perlu hantar ke kedai dobi.
Cara Mencuci
Jika kotoran terkena pada bahagian jahitan manik, cuci dengan tangan sahaja. Bilas kemudian perah, jangan perah teralu kuat kerana ia akan merosakkan jahitan manik. Terbalikkan pakaian dan digalakkan jemur di tempat yang teduh agar kualiti kilauan manik berpanjangan.
Cara Menggosok
Pakaian yang ada jahitan manik hendaklah digosok pada sebelah dalam dengan cara terbalikkan pakaian tersebut. Sebolehnya letakkan pakaian kawasan bermanik yang hendak digosok di atas bantal agar kedutan pada bahagian manik akan rata setelah digosok. Namun perlu dilapik dengan kain lain terlebih dahulu, jangan gosok terus pada bahagian jahitan manik kerana dikhuatiri manik akan rosak.
Rabu, 6 Ogos 2014
Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)
Teks: Siti
Mariah Binti Md Desa
Salam.
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pada zaman millenium ini saya yakin
dan pasti ramai pasangan yang mempunyai status perkahwinan jarak jauh.
Termasuklah saya juga tergolong dalam kehidupan sebegini. Berjauhan dengan
suami bukanlah suatu yang mudah. Cabaran yang paling besar adalah berdepan dengan
perasaan sendiri. Kadang kala timbul rasa cemburu dan curiga apabila suami
berjauhan.
Suami bekerja dan tinggal di Seri
Manjung, Perak manakala saya pula tinggal di Jitra, Kedah dan bekerja di
Kangar, Perlis. Kami hanya berjumpa apabila cuti hujung minggu. Mujurlah cuti
kami pada hari yang sama iaitu pada hari sabtu dan ahad. Saya sentiasa menunggu
hujung minggu kerana ingin berjumpa suami tercinta. Masa yang ada kami gunakan
sebaik - baiknya maklumlah dua hari sahaja seminggu yang diperuntukan untuk
bersama.
Berpegang pada prinsip percaya pada
pasangan dan sentiasa meluahkan andai ada masalah membuatkan hati lebih tenang
apabila berjauhan begini. Mana tidaknya jika lewat menerima panggilan atau
khabar dari suami pasti rasa curiga menguasai diri. Apabila perasaan sebegini
terlintas cepat – cepat saya mohon doa agar diberi kekuatan dan mempercayai
suami. Allah Ya Allah, siapalah aku tanpa Mu Ya Allah pasti syaitan sentiasa
meracuni hati dan fikiran ini.
Seringkali ditanya rakan dan kenalan
mengenai perkahwinan jarak jauh ini membuatkan hati tersentuh hiba. Tak kurang
juga ramai yang memberi kata – kata semangat untuk bersabar atas ujian ini. Doa
sentiasa dipanjatkan kepada Allah supaya kami dapat tinggal bersama tapi apakan
daya Allah lebih mengetahui waktu yang sesuai mengikut perancanganNYA. Saya
yakin harinya akan tiba jua. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya untuk
tinggal bersama suami tercinta. Amin.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Perkampungan Air
Teks: Siti Mariah Binti
Md Desa
Salam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Jauh perjalanan luas
permandangan. Begitulah ungkapan yang amat sesuai dengan perjalanan saya dan suami pulang ke kampung halamannya di Sandakan, Sabah. Sebuah perkampungan nelayan, rumahnya
pula di atas air. Pemandangan yang indah! Sungguh indah. Begitulah terdetik di
hati saya pada mula menjejak kaki di sana. Setiap hari saya akan menunggu air
pasang memenuhi ruang mengikut percaturanNYA. Mungkin bagi orang di sana
menganggap ianya biasa – biasa sahaja. Tetapi bagi saya ianya luar biasa. Tidak
pernah saya terfikir akan tinggal di tempat sebegitu. Apabila terkenang kembali
pasti saya rindu dan tersenyum sendiri. Jatuh
cintakah saya?
Perjalanan menaiki pesawat yang memakan masa selama 2 jam 45 minit
dari Semenanjung tidaklah begitu meletihkan. Bahkan saya begitu teruja untuk cepat sampai bertemu
dengan keluarga mertua. Sesampai saja
kami di bumi Sabah, pasti kami di hidangkan dengan makanan yang begitu membuka
selera. Semuanya sedap belaka. Ketam dan
udang pasti menjadi hidangan utama jika kena dengan musimnya. Hampir setiap
hari menunya pasti ada udang dan ketam sehinggakan saya pernah sakit kaki
akibat terlebih protein. Saya benar – benar rindukan masakan mereka.
Mutiara Sabah begitu
sinonim dengan Negeri Di Bawah Bayu ini. Jika ke sana tidak lengkap rasanya tanpa
membawa pulang mutiara Sabah sebagai buah tangan kepada keluarga dan rakan
baik. Walaupun hanya keronsang , saya pasti akan membelinya juga. Melihatkan keunikan
dan hasil kreativiti mereka menghasilkan kraf membuatkan saya asyik memilih
sehingga rambang mata.
Setelah beberapa hari
tinggal di sana, rasanya tidak cukup untuk menikmati nikmatNYA. Begitu indah
pandangan mata, makanan yang sedap dan keunikan kraf tangan penduduk Sabah
pasti membuatkan saya sentiasa teringatkan mereka. Sehingga betemu lagi mama,
bapa dan semuanya.
Tak
kenal maka tak cinta.
Selasa, 5 Ogos 2014
Salam Perkenalan
Teks: Siti Mariah Binti Md Desa
Tarikh: 05/08/2014
Salam perkenalan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Nama sebenar saya Siti Mariah
Binti Md Desa. Saya ialah anak kepada Md Desa Bin Goi dan Haton Binti Ismail. Berumur
30 tahun dan merupakan anak jati dari Jitra, Kedah. Saya adalah anak yang ke empat
daripada enam adik beradik. Seorang isteri kepada suami tercinta iaitu Sainal
Abidin Bin Abdul Jalil.
Saya mendapat pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah di Jitra,Kedah. Seterusnya melanjutkan pelajaran di
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dalam bidang Pengajian Perniagaan
selama tiga tahun. Setelah menamatkan pengajian, saya mencuba pelbagai
pekerjaan sehinggalah ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Akauntan di sektor awam.
Saya bersyukur kerana mendapat pekerjaan tetap walaupun pada ketika itu umur
saya telah menjangkau 25 tahun.
Saya amat meminati sulaman manik
dan riben. Saya juga pernah menyertai beberapa kelas sulaman manik dan riben yang
di anjurkan oleh pihak swasta dan kerajaan. Disebabkan minat ini juga saya
sanggup membeli buku rujukan dan ebook mengenai sulaman manik dan riben
walaupun harganya agak tinggi. Sekiranya ada masa terluang saya akan membaca
dan meninjau blog yang disediakan secara percuma untuk melihat teknik dan
fesyen terkini sulaman tersebut.
Walaupun telah mempunyai
pekerjaan tetap, impian untuk membuka perniagaan
sendiri dan berkongsi minat dalam sulaman manik dan riben masih kuat. Dari
impian itulah saya mengatur strategi untuk membina blog. Pada mulanya, saya
agak buntu untuk membina blog sehinggalah saya terbaca blog Pn Masayu Ahmad
pengasas Akademi Bekerja Di Rumah yang menyediakan Kelas Asas Blog dan Fan
Page. Dari situlah saya mendaftar untuk menyertai kelas yang ditawarkan.
Kemudian saya dikenalkan dengan Pn Aishah Hussein yang merupakan guru saya
sekarang.
Alhamdulillah, saya bersyukur
dapat menyiapkan sebuah blog yang diberi tajuk Sulaman Mudah dan Kreatif. Semoga
blog ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan juga orang lain. Saya
juga berharap blog ini merupakan langkah pertama untuk saya mengorak langkah
lebih jauh lagi. Saya yakin dengan bantuan dan bimbingan Pn Aishah Hussein saya
dapat mencapai impian ini. Insyaallah. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada suami tercinta
yang banyak menyokong dan memberi kata - kata semangat.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Langgan:
Catatan (Atom)