Rabu, 3 Jun 2015

Sue Suka Susun

Salam.

Sejak kebelakangan ni saya suka sangat tengok blog sue suka susun. Walaupun nampak simple tapi cantik dan menarik. Banyak juga idea Sue post kan dalam blog. Tersusun rapi. Rasa macam rugi pula baru ja terjumpa blog tu.

Semua ruang tersusun cantik je mata memandang. Harap harap rumah saya pun akan cantik, tersusun rapi dan bersih macam tu. Klik di sini ya untuk ke blog Sue Suka Susun


Dia... Isteri Luar Biasa

Salam.

Sekarang ni asyik layan cerita tv3 Dia Isteri Luar Biasa. Agaknya apa yang luar biasa pun tak tau. Lepas kerja sampai ja rumah terus masak supaya dapat luangkan masa tengok tv3 pukul 7 petang. Sambil tunggu en suami balik rumah layan la dulu tv. Jom kita layan sama sama. Tapi jangan lupa solat magrib pulak ya!

Bukan setakat tengok tv ja. Saya akan perhatikan deco dalam rumah juga. Memang bekenan tengok deco deco dalam tv tu. Mudah mudahan satu hari nanti dapat deco rumah sendiri macam tu juga. Sekarang ni setakat rumah sewa ja rasa malas nak hias

Khamis, 25 Disember 2014

Sekian Lama Mencari

Teks:Siti Mariah Md Desa

Salam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Terlalu lama tinggalkan blog ini. Mana tidaknya saya terlupa kata laluannya. Syukur Alhamdulillah akhirnya jumpa juga kata laluan. 

Ikhtibar yang perlu saya ambil adalah setiap email dan kata laluan perlu ditulis walaupun ianya rahsia. Saya juga berharap saya tidak akan lupa lagi. Amin


Isnin, 8 September 2014

Jana Wang Di Rumah - Khas Untuk Wanita!

Teks: Siti Mariah  Md Desa

Salam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.

Jom dapatkan  Ebook Jana Wang Di Rumah - Khas Untuk Wanita!

Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-
  • Bab 1: Pendahuluan & Konsep
    Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.
  • Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi
    Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.
  • Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah
    Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.
  • Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
    6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.
  • Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah
    10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.
  • Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah
    9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.
  • Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak
    Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.
  • Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi
    13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.
  • Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah
    7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah

Sabtu, 6 September 2014

Cara menangani rasa bosan

Teks:Siti Mariah Md Desa

Salam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam melayani perasaan bosan ini saya terbaca blog cara menangani rasa bosan. Suka untuk saya kongaikan bersama kalian yang juga merasa bosan kala ini.

4 Petua Tangani Bosan

altApakah rasa bosan? Rasa bosan  timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.
Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.
3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.

Selasa, 26 Ogos 2014

Bunga Rose Kering dari Kundasang, Sabah

Teks: Siti Mariah Md Desa

Salam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semasa kunjungan kami ke Kundasang, Sabah suami menghadiahkan saya bunga rose segar. Katanya sebagai kenangan dan tanda kami pernah ke sana. Ketika pulang ke Jitra, Kedah saya tetap membawa pulang bunga rose tersebut walaupun agak layu. Tambahan pula bunga  rose tersebut terpaksa dimasukkan ke dalam bagasi. Setibanya di rumah, saya mendapat idea untuk keringkan bunga rose itu dan abadikan ia dalam frame.

Mula mula sekali saya biarkan bunga rose tersebut kering dahulu. Bukan setakat bunga rose, sekali dengan daun dan bunga hiasan kecil yang lain saya keringkan juga. Saya hanya menggunakan cara biasa untuk keringkan iaitu dengan menjemur dibawah cahaya matahari. Setelah betul betul kering barulah saya masukkan bunga tersebut kedalam frame yang saya beli sekali dengan pasu hiasan didalam frame tersebut.

Syukur Alhamdulillah walaupun setelah hampir dua tahun, bunga rose dari Kundasang masih elok. Saya juga berharap ianya akan kekal utuh. Kini frame bunga rose merah ini adalah antara koleksi peribadi yang saya sayang.




Bunga Rose Merah
Mudah mudahan dengan perkongsian kali ini ada juga di antara kalian yang mendapat idea untuk abadikan bunga rose seperti ini. Tambahan pula jika ia dari yang tersayang.

Sumbangan dan dana ikhlas untuk Pertubuhan Baitul Aini

Teks: Siti Mariah Md Desa

Salam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sedang asyik saya tercari cari sepucuk surat, terjumpa pula satu flyer yang masih elok dalam simpanan. Sumbangan dan dana ikhlas untuk Pertubuhan Baitul Aini, pusat jagaan anak anak yatim. Elok saya kongsikan laman web mereka disini, andai kata ada yang mencari cari tempat untuk menderma atau berwakaf sudilah berkunjung di link ini Pertubuhan Baitul Aini.

Nota: Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Pertubuhan Baitul Aini.